Tajuk al-kisah pili bomba bagi penyertaan saya yg pertama agak unik. Jadi gambarnya juga haruslah unik. Untuk memastikan ianya unik ataupun x..mari kita saksikan same2.

Tarikh: 2 Febuari 2011
Masa: 4 petang
Lokasi: jalan Kg Pondok ke Kg Lalang, Padang Rengas, Perak

Pili Bomba ini berada di tengah2 jalan dan ianya dijadikan sebagai pembahagi jalan (divider). Kesian pili bomba apabila fungsi asalnya telah bertukar. Alhamdulillah setakat ini tiada lagi kemalangan jiwa dilaporkan tetapi saya sendiri pernah terjatuh dr motosikal di hadapan pili bomba ini.

Bagi drifter2...amatlah tidak digalakkan melakukan aksi2 tersebut di sini. Nescaya kereta anda akan terbahagi kepada 2..hehehehe